-->

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013


Pada hari ini, 21 Januari 2013, bertempat di DewanSK Pulau Gajah , telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Ybrs Pn.Zarina bt Md Eusope, Penyelaras DUN Chempka. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.









Objektif sebenar pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SK Pulau Gajah atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengannya, InsyaAllah.












e-Buletin