-->

TAKLIMAT MENGENAI FROG VLE




Baru-baru ini Pihak ICT SK Pulau Gajah telah menganjurkan taklimat mengenai Frog VLE kepada guru-guru.Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Ismail b. Tuan Ibrahim, Pembantu Khas Maklumat(ICT) PPD Kota Bharu.



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat QIT Pengkalan Chepa



20 Mac 2013 – Pada tarikh ini telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran peringkat QIT Pengkalan Chepa dengan SK Pulau Gajah sebagai tuan rumah. Kategori yang dipertandingkan adalah dalam Kategori Tilawah, Hafazan, Syarahan dan Bercerita Kisah Nabi. Majlis ini dirasmikan oleh Shahran b. Ahmad, Penyelia Pelajaran Pendidikan Islam,PPD Kota Bharu.

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013


Pada hari ini, 21 Januari 2013, bertempat di DewanSK Pulau Gajah , telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Ybrs Pn.Zarina bt Md Eusope, Penyelaras DUN Chempka. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.



e-Buletin