-->

KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2013



MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2013 BAGI QIT PENGKALAN CHEPA TELAH DIADAKAN PADA 27 OKTOBER 2013 , BERTEMPAT DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KELANTAN.
MAJLIS KONVOKESYEN PADA KALI INI TELAH DIRASMIKAN OLEH EN. PN HAJAH AZIZON BT HJ ABDULLAH, PEGERUSI QIT PENGKALAN CHEPA.
ATURCARA MAJLIS BERMULA DENGAN BACAAN DOA, DAN DIIKUTI DENGAN UCAPAN PERASMIAN. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TELAH DISAMPAIKAN OLEH PEGERUSI QIT DAN BEBERAPA ORANG GURU BESAR DALAM QIT PENGKALAN CHEPA. ACARA PERSEMBAHAN JUGA TELAH DIADAKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR PRASEKOLAH INI.





Majlis Pemuafakatan dan Sembahyang Hajat UPSR 2013


Tiada dorongan yang paling berharga dalam diri selain daripada sokongan dan restu daripada ibu bapa mahupun doa harapan daripada guru-guru yang mengajar. 

TAKLIMAT MENGENAI FROG VLE




Baru-baru ini Pihak ICT SK Pulau Gajah telah menganjurkan taklimat mengenai Frog VLE kepada guru-guru.Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Ismail b. Tuan Ibrahim, Pembantu Khas Maklumat(ICT) PPD Kota Bharu.



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat QIT Pengkalan Chepa



20 Mac 2013 – Pada tarikh ini telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran peringkat QIT Pengkalan Chepa dengan SK Pulau Gajah sebagai tuan rumah. Kategori yang dipertandingkan adalah dalam Kategori Tilawah, Hafazan, Syarahan dan Bercerita Kisah Nabi. Majlis ini dirasmikan oleh Shahran b. Ahmad, Penyelia Pelajaran Pendidikan Islam,PPD Kota Bharu.

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013


Pada hari ini, 21 Januari 2013, bertempat di DewanSK Pulau Gajah , telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Ybrs Pn.Zarina bt Md Eusope, Penyelaras DUN Chempka. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.



PERAYAAN HARI GURU 2013


Sekolah telah menyambut Perayaan Hari Guru Tahun pada 23hb Mei 2013 yang lalu.
Antara pengisian sambutan tersebut ialah bacaan Perutusan Hari Guru yang telah dibaca oleh Mohd Ghani b Mat Noh, Guru Besar  SK Pulau Gajah, sukaneka dan  persembahan.

















































e-Buletin